Thursday, August 24, 2017

Atasi Sembelit Anak Dengan Mealshakes Shaklee

[24/08 9:22 pm] 💖🌹Nur Hidayah Ahmad💖💋: *Apa Itu Sembelit*

Sembelit ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah sukar untuk membuang air besar. Di dalam Bahasa Inggeris disebut "constipation".

Sembelit bukanlah satu penyakit ia hanyalah satu gejala.

*Sembelit* adalah gangguan pada pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar.

Dari sudut perubatan seseorang itu dikatan sembelit apabila membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau tidak membuang air besar lebih 2 hari.
[24/08 9:54 pm] 💖🌹Nur Hidayah Ahmad💖💋: *Punca-punca sembelit di kalangan kanak-kanak*

   😐 kurang pengambilan serat di dalam makanan harian-serat boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Biasalah budak-budakan. Normal la budak budak tak suka makan buah dan sayur
    😐kurang minum air putih
   😐 makan makanan segera (fast food) yang mengandungi bnayak lemak seperti burger, kentang goreng dan
   😐 makan makanan yang mengandungi gula yang diproses seperti gula-gula, biskut manis dan soft drink
  😐  bagi bayi sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana susu formula sukar untuk dihadam dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu
   😐 peralihan dari makanan bayi kepada makanan pejal (solid food). Usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi dengan baik
   😐 pengambilan ubat untuk merawat kekurangan zink boleh mendorong kepada sembelit

Harus diingat kanak-kanak cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian.

Keadaan ini mungkin disebakan tidak mahu berhenti bermain permainan yang menyeronokkan atau menggunakan tandas awam.

Tekanan juga boleh menjadi sebab sembelit di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka cemas tentang sesuatu seperti permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah.

Kajian telah membuktikan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.
[24/08 10:01 pm] 💖🌹Nur Hidayah Ahmad💖💋: *Tanda-tanda yang menunjukkan anak anda sembelit:*

    😯bayi atau anak-anak anda menunjukkan rasa resah atau tidak selesa ketika membuang
    😯bagi kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu rasa sakit atau mereka dilihat meneran ketika membuang air besar.
    😯najis mereka kelihatan kering, keras, berketul-ketul dan berbiji-biji seperti biji kacang.
    😯kentut dan najis mungkin berbau lebih busuk
    😯kekerapan membunag air besr berkurangan
    😯bayi atau anak-anak anda tidak selera untuk makan
    😯perut kembung

*Tips mengatasi sembelit secara semulajadi untuk bayi dan kanak-kanak:*

Baringkan bayi anda dan tetapkan kaki ke atas. Kemudian cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam badan jika anak anda berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar secara segar. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.

Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik dipercayai mengandungi serat yang tinggi.

Walaubagaimanapun ibu-ibu di luar sana janganlah terlalu risau apabila anak anda menghadapi sembelit kerana keadaan ini adalah biasa di kalangan kanak-kanak.
[24/08 10:08 pm] 💖🌹Nur Hidayah Ahmad💖💋: *Cadangan RDI (Recommended Daily Intake) Pengambilan Fiber*

4 sudu besar Mealshakes = 3 gram Fiber

Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari

Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari

Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari

Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari

Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari

Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari

*Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak Sembelit*

Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.

Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.

*Adakah fiber sahaja yang membantu anak-anak anda yang ada masalah sembelit?*

Tidak. Ini kerana dalam Mealshakes juga mengandungi MAGNESIUM yang membantu masalah sembelit.

*Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?*

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam Mealshakes.