Sunday, June 18, 2017

Cara Terbaik Masker ESP Shaklee

Baru lepas COD ESP Shaklee kat student lelaki..nak ambil untuk kulit katanya..sis ajarkan jugak macamana nak buat masker ESP

Bagaimana cara buat masker ESP Shaklee?

Jangan tak tahu, ESP selain baik untuk diminum, ianya juga baik untuk buat masker. Cara buat masker ESP Shaklee ini berbeza bergantung kepada keperluan kulit anda.

Cara buat masker ESP Shaklee

🍀Jenis kulit berjerawat🍀

BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji putih telur
1 sudu madu
1 biji Sustained Release vitamin C
1 biji Alfalfa

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Pukul putih telur perlahan-lahan. Alfalfa dan vitamin C dihancurkan dan campurkan kesemua bahan.
Sapukan ke muka, elakkan bahagian mata dan kemudian biarkan selama 20 minit.
Selepas itu, bilas dan sapukan pelembap kulit yang biasa anda gunakan.
Buat masker ini seminggu sekali dan keesokan harinya perlu memakai sunscreen sebelum kena kilauan matahari.

🍀Kulit jenis berminyak🍀

BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
2 sudu madu lebah
1 biji sustained release vitamin C

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang, kemudian campur dengan madu lebah dan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.
Hancurkan vitamin C atau masukkan sekali dalam blender.
Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.

🍀Untuk mencerahkan kulit🍀

BAHAN-BAHAN:

2 sudu ESP Shaklee
1 biji pisang yang betul-betul masak (Anda boleh masukkan pisang masak di dalam freezer dan biarkan di suhu bilik sebelum memakainya)
1 biji kentang
1 biji sustained release vitamin C

CARA PENYEDIAAN MASKER ESP SHAKLEE:

Lenyekkan pisang,kentang, hancurkan vitamin C kemudian campur semua bahan dengan ESP Shaklee. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan bahan-bahan ini ke dalam blender.
Sapukan bahan tadi ke muka anda sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mebilasnya. Setelah membilas, letaklah pelembut kulit muka anda seperti biasa.
Kerapkan penggunaannya setiap malam untuk kesan pencerahan yang lebih cepat.

Jom Try!!!

#shakleeipoh

No comments:

Post a Comment