Monday, February 10, 2014

Assalamualaikum dan Selamat Datang!! Ikuti Kisah Jatuh Cinta saya Bersama Vitamin Shaklee!!

Selamat datang semua ke blog saya.

Ini ialah coretan pengenalan saya di sini. Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman sendiri dengan anda semua. Sedikit sebanyak diharapkan mampu memberi impak positif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Ini adalah ruangan yang saya dedikasikan kepada para ibu dan wanita di luar sana. Khususnya kepada para ibu yang menyusukan anak. Saya adalah salah seorang yang menyokong penuh 'awareness' tentang penyusuan susu ibu berbanding susu formula kepada bayi.Bermulanya saya dengan kehidupan bersama Shaklee adalah setelah saya berpantang anak kedua saya, Nur Aina Faqihah binti Ahmad Ridwan.Setelah meng google dan mencari suplemen mengenai susu ibu, saya terjumpa blog shaklee. Saya diperkenalkan Vitamin Shaklee oleh Puan Adilah Manaf iaitu isteri kepada kawan sekolah saya, Encik Fahmi Shuhaimi yang sekarang Master To Be dalam bisnes Shaklee. Jadi, saya telah KENAL Shaklee sejak tahun 2011 dan telah lama saya JATUH CINTA dengan vitamin semulajadi ini dan sekarang saya ingin berKONGSI dengan anda pembaca blog di luar sana..

Apa yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak nya sihat walafiat. Dengan izin Allah pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu ( saya hanya menyusu selama 5 bulan itu pun ampur-campur sejak dalam pantang )menyebabkan anak pertama saya asyik demam.Sehinggakan ada kawan saya berkata..anak awk ni kurang antibodi la...saya sungguh sedih mendengar pernyataan itu !!!Sebulan sekali mesti ada kami ke klinik sebab dia demam dan pernah bermalam di hospital beberapa kali..Saya sendiri menangis teresak2 kerana melihat doktor mencucuk jarum yang agak besar ke jari kecil anak saya..Den pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu, saya bertekad untuk fully breast feed anak yang ke dua selama 1 tahun..dan Alhamdulillah saya berjaya,,dan sehingga sekarang pun still lagi breast feed padahal dah masuk 2 tahun 7 bulan!!  Saya pulak yang tak tahu macamana nak stop kan dia..tapi x pelah saya akan susukannya sehingga dia sendiri yang tak nak susu ibu !! Dan Alhamdulillah dengan izin Allah jua..anak yang kedua kuat  antobodi nya.Dan anak kedua saya memang baby Shaklee..sampai sekarang pun mesti mintak dalam susu nak Meal Shakes dan tiap2 hari nak Omega Guard..sampai saya terpaksa sorokkan botol Omega Guard sebab bila dia nampak dia akan nak makan banyak..Tapi..ingat  ya..Omega Guard sebiji satu kali sahaja!


Mengapa tidak? 

Sebagai seorang muslim yang baik. Kita seharusnya wajib percaya bahawasanya setiap kejadian Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk setiap manusia. Berbalik kepada susu ibu ini, pernahkah kita terfikir mengapa Allah SWT yang Maha Bijaksana menjadikan susu ibu?

Sudah tentu. Jawapannya adalah untuk bayi itu sendiri menyusu. Pelbagai kajian telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang ini tentang kebaikan susu ibu. Saya sendiri menyusukan anak-anak saya. Nantikan coretan-coretan dalam ruangan seterusnya dari saya tentang betapa indahnya menjadi seorang ibu lebih-lebih lagi memberikan yang terbaik buat si manja kita!

No comments:

Post a Comment