Bahan semula jadi dan makanan boleh dijadikan sebagai bahan perawatan
kecantikan yang mudah dilakukan di rumah. Kali ini kita pelajari petua
kecantikan menggunakan bahan makanan yang terkenal tinggi fiber iaitu
oat.Ia boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berbaloi kan!
*Rambut kusam
Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai
tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan
sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan
hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan
syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan
membebaskan daripada masalah rambut kusam.
*Skrub wajah
Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada
wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit
wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking
soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak
digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air
dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara
melingkar selama 60 saat, lalu bilas.
*Skrub badan
Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun.
Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan
dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.
*Masker wajah
Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam.
Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan
vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas
dengan air bersih.
*Penyejuk kulit
Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak
oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang
sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang
terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
No comments:
Post a Comment