Assalamualaikum semua..
Kisah hari ni nak update pasal stok susu memandangkan saya akan naik bekeja sebulan lagi..Sekarang dalam peti sejuk, stok susu dah ada dalam 20 botol yang 3 oz..:-)..tu munkin x cukup lagi..saya kena buat stok lagi..
Siapa tidak seronok bila setiap kali pam susu untuk dibuat stok,
melimpah ruah hasilnya. Sekali pam dapat 6 auns, kalau sehari lima kali
pam, cuba bayangkan betapa banyaknya stok susu untuk sehari yang ibu
peroleh. Tapi saya pam, xla sampai 6 oz sekali pam..sebab baby dah minum..so, dapat sikit je lah..tu pun dah memadai..jgn stress bila kita tengok org lain pam..mak aiii..banyak nya susu diaaa...kenapa susu aku sikit..xpa..relaxx....:-)
Biasanya jumlah 30 auns sehari yang diperoleh oleh ibu tidak habis
diminum kesemuanya oleh bayi dalam sehari. Secara purata, bayi berusia
dua hingga lima bulan hanya minum antara 15 hingga 20 auns sehari.
Jadi
secara logiknya susu yang selebihnya itu boleh disimpan sebagai stok
susu perahan ibu (EBM) untuk kegunaan seterusnya.
Bagaimanapun ada sesetengah ibu yang teruja melihat hasil perahan yang
banyak dan terus memberikan susu itu kepada bayi apabila dia ke tempat
kerja mengakibatkan stok EBM semakin menimbun dan kadang kala hampir
luput jangka hayat dan akhirnya perlu dibuang.
Alangkah ruginya masa dan tenaga untuk mengumpul stok susu ibu jika
akhirnya ia perlu dibuang apatah lagi sekiranya ada masa kita menghadapi
masalah susu merudum dan tidak dapat menghasilkan susu perahan yang
banyak seperti biasa.
Sebelum itu, ibu perlu faham mengapa perlu buat stok EBM. Stok EBM
adalah sebagai simpanan untuk pelbagai situasi yang tidak dijangka. Susu
ibu boleh bertahan paling lama sehingga tempoh enam bulan sekiranya
disimpan dalam peti sejuk dingin beku (deep freezer) dan hanya tahan
sehingga empat bulan sekiranya disimpan dalam bahagian dingin beku peti
sejuk dua pintu.
Oleh itu penting ibu mengetahui cara mengendalikan stok EBM dengan
betul supaya jangka hayat susu berpanjangan dan sentiasa ada untuk stok
susu di masa akan datang kerana ada ibu kemungkinan akan mengalami
kekurangan susu apabila bayi mula makan makanan pejal, ibu datang haid
dan sebagainya lagi.
Cara pengurusan susu ibu boleh menggunakan kaedah nisbah 1:4 atau 1:5
iaitu sekiranya kita membekalkan lima botol susu (3 auns setiap botol)
setiap hari ke rumah pengasuh, maka satu daripada lima botol tersebut
hendaklah menggunakan stok susu EBM.
Maknanya, empat botol adalah susu ibu yang baharu diperah dan satu
botol susu EBM. Kemudian, lebihan hasil susu perahan yang diperoleh,
hendaklah disimpan sebagai stok. Dengan itu, stok susu kita sentiasa
berganti selepas diambil.
Ibu perlu menggunakan stok EBM dengan kaedah ‘first in, first out’ .
Dengan cara ini susu ibu dalam peti sejuk dingin beku tidak akan tamat
tempoh kerana kita telah menggerakkan stok tersebut.
Sejak anak ke2 lagi..saya mengamalkan suplemen Shaklee untuk ibu menyusu...saya ada mengamalkan pengambilan ESP iaitu Energy Soy Protein..Vitalea iaitu sejenis multivitamin terbaik dunia..Tun M pun mengamalkan vitamin ni tau dan juga Ostematrix iaitu sejenis pil kalsium yang lebih dari sekadar kalsium!!!
Anda boleh whatsapp saya di nombor
0165554582
follow me on instagram @vitamin_hidayah4582
No comments:
Post a Comment