Wednesday, May 7, 2014

GASTRIK..APA VITAMIN YANG SESUAI???

2 minggu lepas saya mnerima panggilan dari seorang makcik dari daerah kampar. Namanya Makcik Mizun... yang inginkan Set Gastrik Shaklee. So, saya mengatur pertemuan dengannya di Tesco Kampar ditemani kawan saya, Azia Sulong..Tq Azia!!!


So..kita tengok dulu kenapa gastrik boleh berlaku???

Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.

Okay..anda dah bacainfo2 di atas??
Kredit to >>>
https://docs.google.com/document/d/1BoB1KAKDHS8FD7haGcbqzndZpfYr4C83NeBbgYgYBfI/edit?hl=en_US

Okay..kembali kepada Mak Cik Mizun tadi..beliau sebenarnya dah berusia 60++ ..Sebelum memberitahu cara makan set gastrik ini...saya konsult dulu dengan apa yang boleh makan dan apa yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik macam mak cik Mizun..Beliau rasa panas perut setelah makan beberapajenis ubat..Jadi beliau nak try shaklee pulak..dengan harapan..insha Allah membantu untuk sembuh..Saya bagitau..acik juga kena makan ubat dan sejam lepas tu, boleh makan suplemen ini..setelah menerangkan cara makan..beliau balik dan 2, 3 hari lepas tu..beliau telefon saya dan kata beliau panas perut ( mmg selama ni mak ik Mizun agak rasa panas perut disebabkan asid dan angin dalam perut beiau ) ..so saya kata..makcik mesti minum air banyak dan mesti minum ESP Shaklee 2 hari sekali selepas mkana..dan seminggu selepas itu beliau telefon saya..dan ceria mengatakan perut beliau dan oaky..x panas dan semakin sembuh dari gastrik yang telah lama menghantui hidup beliau...
*** pengambilan vitamin sebenarnya bergantung kepada tindak balas badan individu...




Info produk, cadangan supplemen Shaklee untuk merawat gastrik ialah:-

1) Energizing Soy Protein – ESP (850g)

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

2) Ostematrix (120 tablet)

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.

3) Peppermint Ginger Plus (90tablet)

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Kena pantang jenis-jenis makanan berikut.
1-Semua makanan banyak angin seperti Durian, cempedak, nangka dan banyak lagi.
2-Semua makanan pedas
3-Makanan yang masam

Dah baca???
Berinfo dan Menarik Bukan??
Whatsapp saya 
Nur Hidayah Ahmad
0165554582
email : hidayah4582@gmail.com

No comments:

Post a Comment