Wednesday, May 28, 2014

VITAMIN SHAKLEE MERAWAT TONGSIL

Assalamualaikum dan selamat petang...sebenarnya baru balik dari kerja ni..sempat pulak nak buat entry baru..anak2 tengah tengok cd kat bilik atas..dan saya pun dah siap masak untuk makan malam ni..so apalagi..kita berblog sekejap...Entri kali ini saya nak cerita sikit pasal tongsil..Jom kita tengok apa itu tongsil sebenarnya...
Hari ini terfikir pulak nak buat enrty pasal tongsil sebab anak sulung saya pernah operate tongsil belakang hidung..
Saya perasan sebab masa kecik setiap kali nak demam mesti dia akan menngis dan saya dan suami memang tak tidur malam dibuatnya..Sampailah umur Ilman 4 tahun barulah saya perasan setap kali dia demam akan keluar cecair yang macam nanah daripada telinga dia..Check doc..rupanya Ilman ada tongsil belakang hidung (  Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung )..tongsil kat tekak pun ada..Tapi doc tak bagi buang lagi..
Kami jalankan operation buang tongsil belakang hidung masa Ilman awal2 masuk 6 tahun..kat Perak Community Specialist Medical Centre..first operation kena jugak dalam RM 7k++..nasib baik guna medical Card..dapatlah cover..Doc ada masukkan something..dalam telinga..dan benda tu akan keluar sendiri..dalam 2 minggu..tapi tak keluar..kena pulak buat 2nd operation..Alhamdulillah..lepas buat operation..dia dah jarang demam..dan tak de dah keluat cecair dari telinga dia..Tekanan dalam telinga tu lah yang menyebabkan dia menangis dan asyik demam...sian anak mama n abah..Sekarang Ilman dan Darjah 1..dah sihat walafiat...dah pandai macam2..:-)

 Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Pandangan Doktor mengenai Tongsil
MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak.Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak, pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan.
Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.
Bagaimanapun menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa.
Ini kerana jelas beliau, apabila sampai tahap kritikal masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang.
"Lazimnya kanak-kanak yang mengalami demam, antara perkara pertama yang akan diperiksa oleh doktor ialah memastikan sama ada tonsil mereka membengkak ataupun tidak.
"Sekiranya tonsil membengkak doktor akan mengenalpasti adakah itu jangkitan kuman virus atau bakteria.
"Sekiranya bengkak tersebut disebabkan bakteria pesakit perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Secara umumnya semua orang mempunyai tonsil yang merupakan bonjolan di tepi kiri dan kanan anak tekak.
Bonjolan ini tidak berbahaya kerana tonsil berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan badan daripada serangan kuman.
Begitupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai tonsil yang lebih besar berbanding orang dewasa kerana tubuh baru mengenali kuman dan bakteria.
Bagaimanapun apabila meningkat dewasa bonjolan ini semakin mengecil dan fungsinya sebagai satu mekanisme pertahanan diri daripada kuman juga tidak penting lagi.
Tambah Dr. Samril lagi, walaupun pada dasarnya tonsil berperanan sebagai sistem pertahanan badan daripada serangan kuman, tetapi ia hanya berfungsi pada tahun pertama kelahiran.
Ini kerana jelas beliau selepas tahap tersebut, tonsil tidak lagi berfungsi dan sistem imuniti badan akan diambil alih oleh kelenjar limfa yang lain.
Jelas Dr. Samril, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria.
Begitupun sekiranya hanya jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk.
Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.
Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah.
Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.
Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah.
Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


OKAY..kita dah tengok pengalaman saya dan pandangan doktor sendiri mengenai tongsil

So,kita tengok pula antara vitamin yang boleh menghalang terjadinya tongsil ini...




 


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

NUR HIDAYAH AHMAD

WHATSAPP : 0165554582




No comments:

Post a Comment