Saturday, May 24, 2014

ANTARA MAKANAN YANG MELANCARKAN SUSU IBU

Umum mengetahui tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.
Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.
Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Dynas sedang mnyusukan anaknya!!!

Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.Semasa berpantang anak pertama dan kedua dahulu, saya mengamalkan....

Pelbagai sayur-sayuran
kerana Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.Selain daripada itu saya juga mengamalkan sawi hijau.Sayur yang berangin seperti kobis dan ulam -ulaman seperti terung agak tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat iaitu tangkap sejuk kepada ibu yang baru lepas bersalin.

Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.Makanan ini juga boleh melawaskan pembuangan air besar. Suplemen Shaklee, Ostematrix juga boleh diamalkan sekiranya anda rasa anda tidak makan buah yang secukupnya kerana 1 biji ostematrix bersamaan dengan segelas susu.

   Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.
  
Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara dan pengambilan suplemen juga sangat perlu bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar dan berkhasiat.Ini kerana saya percaya tidak semua ibu di luar sana yang mendapat khasiat pemakanan setiap hari dengan jumlah yang maksimum bagi membolehkan perjalanan susu ibu lebih lancar untuk diberikan kepada bayi kita!!!

Shaklee ada suplemen itu..dan saya mengamalkannya sehingga saya boleh menyusukan anak saya, Nur Aina Faqihah sehingga 2 tahun 7 bulan!!!

Anda juga mungkin boleh baca pengalaman saya menyusu dan suplemen tersebut boleh dirujuk di link ini ya..:-)

Anda juga boleh rujuk di sini untuk mengetahui khasiat susu ibu kepada bayi yang jarang diketahui ramai!!

 

No comments:

Post a Comment