Saturday, May 24, 2014

PETUA HILANGKAN BATUK UNTUK ORANG DEWASA

Salam ceria dan selamat malam..minggu lepas Ketua Unit saya, En Azmi Ahmad ada bertanyakan mengenai suplemen untuk hilangkan batuk.Ini adalah penjelasan petua hilangkan batuk yang mengganggu  beliau. Sekarang saya akan menerangkan apa itu batuk dahulu ya...

Batuk bukanlah suatu penyakit. Batuk merupakan mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernapasan dan merupakan gejala suatu penyakit atau reaksi tubuh terhadap iritasi di tenggorok karana adanya lendir, makanan, debu, asap dan sebagainya.
Batuk terjadi karena rangsangan tertentu, misalnya debu di reseptor batuk (hidung, saluran pernapasan, bahkan telinga). Kemudian reseptor akan mengalirkan lewat syaraf ke pusat batuk yang berada di otak. Di sini akan memberi sinyal kepada otot-otot tubuh untuk mengeluarkan benda asing tadi, hingga terjadilah batuk.


Ada beberapa macam penyebab batuk :
  • Umumnya disebabkan oleh infeksi di saluran pernafasan bagian atas yang merupakan gejala flu.
  • Infeksi saluran pernapasan bagian atas (ISPA).
  • Alergi
  • Asma atau tuberculosis
  • Benda asing yang masuk kedalam saluran napas
  • Tersedak akibat minum susu
  • Menghirup asap rokok dari orang sekitar
  • Masalah emosi dan psikologis (untuk batuk psikogenik)
 Kredit kepada :http://id.wikipedia.org/wiki/Batuk
 
Berikut ialah makanan dan minuman yang baik untuk menghilangkan batuk :

1. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.

2. Makanan Pedas
Orang tua-tua selalu kata makanan pedas memburukkan lagi batuk,tetapi itu adalah mitos. Makanan pedas seperti cili sebenarnya baik dimakan ketika batuk. Capsaicin ialah kimia dalam makanan pedas yang mampu menipiskan kahak.

3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk sistem imun tubuh. Mengambil makanan kaya Vitamin C
( boleh klik di sini untuk mengetahui fakta sebenar vitamin C )  ketika sakit sangat berkesan. Antara makanan yang kaya Vitamin C ialah betik, brokoli, tomato, limau, kiwi, lobak, kobis, nenas, bawang putih dan banyak lagi.


4. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.

5. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.

Elakkan juga minum minuman berkafein, susu dan soda. Susu bertindak balas menebalkan kahak. Dapatkan tidur yang cukup kerana ketika tidurlah proses penyembuhan berlaku. Sekiranya batuk anda berlarutan lebih dari 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.

Semoga petua hilangkan batuk ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah ini.

Adalah disyorkan juga supaya pesakit mengamalkan Vitamin C Sustained Release Shaklee

No comments:

Post a Comment