Thursday, May 8, 2014

FAKTOR PENGHALANG KEHAMILAN DAN SALAH SATU CARA MENGATASINYA


Pengambilan kafein
Jika gemar mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan potensi diri untuk hamil.

Kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada  di dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur melekat dalam uterus.

Pakaian
Pakaian lelaki terutamanya seluar dan seluar dalam yangketat boleh mengurangkan penghasilan sperma berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar.

Stres yang melampau
Tekanan perasaaan yang melampau boleh menutup peluang untuk memiliki cahaya mata. Sama ada anda berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerjaya,kedua-duanya boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu, semakin sukar bagi mereka untuk mendapatkan anak.

Kesihatan pasangan
Seperti wanita, tahap kesuburan lelaki juga merosot apabila usia mereka semakin meningkat. Walaubagaimanapun, kemerosotan tersebut tidaklah secepat wanita.
Biasanya, tahap kesuburan lelaki mulai menurun selepas mencecah usia 40 tahun.
 suplemen

Bilangan sperma yang rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya, isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlu menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka bagi mengetahui punca sebenar.

Masalah hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil,. Tetapi tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan.

Oleh itu, sekirannya anda risau tentang kemungkinan adanya masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.


SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE



No comments:

Post a Comment