Thursday, July 10, 2014

PERFOMANCE DRINK VERSUS LIVITA DAN 100 PLUS

Hari ni kita cerita pula pasal Perfomance Drink iaitu salah satu produk hot Bulan Ramadhan ni..
Bestkan???Macam - macam ada kat shaklee ini..pelbagai jenis vitamin..yang pil..serbuk..minuman penambah tenaga..semua ada...

Seperti yang kita tahu...
Setiap individu dimestikan mengambil air pada kuantiti yang secukupnya.  Untuk menjaga kesihatan dan memastikan fungsi biologi dan fisiologi tubuh berada pada tahap yang optimum, setiap individu disarankan untuk mengambil 8 – 12 gelas air sehari. Ini adalah untuk menggantikan air dalam badan yang hilang akibat proses yang dilakukan oleh badan seperti perpeluhan, pernafasan, pencernaan, dan pembuangan air kecil. Apabila kuantiti air dalam badan kurang, mekanisme haus akan memainkan peranannya. Mulut dan esophagus akan berasa kering dan hormone aldosteron akan dirembeskan dan seterusnya mempengaruhi tubuh untuk minum. Apabila paras air dalam kuantiti badan telah kembali ke paras yang normal, mekanisme haus ini akan terhenti. Selain itu, ginjal melalui peranan hormone aldosteron turut membantu badan mengawal paras air dalam badan.
Kekurangan air boleh menyebabkan individu dilanda pelbagai komplikasi. Salah satu komplikasi yang sering terjadi adalah dehidrasi. Dehidrasi berlaku apabila kuantiti air dalam badan tidak cukup untuk menampung segala aktiviti sel – sel badan. Atlet merupakan salah satu mangsa utama komplikasi ini berikutan aktiviti sukan yang berat ditambah dengan kuantiti air yang kurang dalam badan atlet tersebut.

Hal ini menjelaskan mengapa atlet dalam mana – mana acara sukan digalakkan mengambil air dalam kuantiti yang banyak terutamanya pada periodisasi latihan. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan individu mengalami kekejangan otot dan stress haba kerana tubuh manusia tidak dapat menyingkirkan haba yang berlebihan dalam badan akibat pembakaran makanan semasa aktiviti berat dilakukan. Kegagalan badan untuk mengawal suhu badan ini menyebabkan suhu badan meningkat dengan mendadak dan seterusnya menyebabkan stress haba berlaku.

 Selain daripada pengambilan air biasa (air mineral), kita juga sangat digalakkan mengambil minuman isotonic. Antara minuman isotonic yang kerap kali digunakan oleh atlet adalah  Perfomance Drink Shaklee, 100 Plus dan Livita. Minuman isotonic merupakan salah satu bahan ergogenik yang sering kali digunakan oleh mana – mana atlet tidak kira apa acara sekali pun. Minuman ini sangat sesuai kepada atlet kerana ia memberikan faedah langsung kepada atlet dengan mengglakkan penghidratan semula berlaku pada kadar yang segera. Minuman isotonic ini mengandungi ion – ion seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat, dan air

Partikel – pertikel ini merupakan bahan – bahan elektrolit yang merupakan pemancar aktiviti elektrikal dalam badan manusia seperti aktivitiaction – potential dan transmisi impuls. Kenapa komponen elektrolit penting dalam badan kita???
**Ini kerana bahan - bahan ini mampu membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
** Selain daripada itu, ia juga baik untuk sistem neuromotor ( tindak balas saraf dan otot )


Manfaat Utama Perfomance Drink Shaklee ini adalah...

# Meningkatkan Daya Tahan Badan - Ia dapat memebrikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh kita.
# Membekalkan Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan dapat mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandung pottasium, kalsium, sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikkal terutamanya yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
#Mencegah Penyahhidratan- mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda.
#Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Perfomance Drink juga adalah minuman yang lazat untuk dimuinum pada bila - bila masa sahaja dan di mana sahaja. Enak dimunum begitu sahaja atau dicampur bersama - sama minuman yang lain.

Individu yang memerlukan minuman ini adalah  mereka yang....
-Atlet
-Berpuasa
-Menjalani pembedahan..sebelum dan selepas pembedahan
-Tidur lewat malam
-Keletihan
-Penyahidratan otot dan kulit
-Vagina yang kering
-Tiada selera makan
-Rendah paras gula
-Kepeningan
dsb..

Cecair isotonic yang mengandungi enam hingga lapan peratus karbohidrat dikosongkan dari perut pada kadar yang sama pantas dengan air. Elektrolit, terutamanya natrium dan kalium membantu mengurangkan kuantiti air dalam air kencing. Ini menyebabkan pengosongan cecair dalam perut berlaku dengan pantas. Hal ini kemudiannya menggalakkan penyerapan semula usus dan pembendungan cecair dalam badan.


BERMINAT DENGAN PRODUK INI??
BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0165554582
PUAN NUR HIDAYAH AHMAD

No comments:

Post a Comment