Assalamualaikum semua pembaca blog di luar sana..lama sangat dah rasanya tak meng update bog ni sejak pregnant anak ke 3 dan sampai lah sekarang baby dah nak masuk 2 bulan...
ok hari ni saya nak cerita pasal LAKTASI BABY..memandangkan saya pun sekarang sedang berpuasa dan saya juga menyusukan baby..so topik hari ni kita cerita pasal 20 tips ibu menyusu berpuasa di bulan ramadhan..
Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa
dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian telah membuktikan bahawa puasa
bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu
tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi. Kita juga haruslah mengelakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh
anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat
berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip
berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.
-
Dapatkan sokongan ibu menyusu lain
Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan
bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada
semua.Seperti saya juga, ramai kawan- kawan saya yang terus breastfeed anak2 mereka di bulan Ramdhan dan saya sememangnya berkongsi maklumat dengan mereka..dan kebetulan pula anak saya yang ke 2, Nur Aina Faqihah saya berpantangkannya waktu bulan puasa..jadi saya telah pun ada pengalaman bfreastfeed anak di bulan puasa..dan saya telah kenal dengan Shaklee juga waktu bulan ramadhan 4 tahun yang lalu..and i loooiiveee Shaklee!!!
-
Bereskan tugas rumah tangga waktu malam
Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur.
-
Minta bantuan suami
Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan
suami atau anak yang sudah besar. Berbahagi tugas itu lebih
mengharmonikan rumah tangga.
-
Elakkan si kecil membuatkan ibu penat
Rancang aktiviti untuk anak agar dia sibuk sepanjang hari dan tidak merengek.
-
Elakkan berpanas
Jika boleh, jangan banyak lakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat
dalam cuaca yang panas. Jika terpaksa, pastikan pakai topi, pelindung
cahaya matahari dan berpakaian cerah.
-
Banyakkan berehat
Walaupun sibuk di pejabat mahu pun di rumah, cari masa untuk berehat seketika.
-
Elak minuman berkafein
Minuman berkafein atau berkarbonat adalah penyebab utama dehidrasi.
Kafein juga adalah zat diuretik yang meningkatkan keinginan mengunyah
ibu.
-
Banyak makan buah dan sayuran segar
Buah dan sayuran mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan.
-
Jangan banyak minum semasa sahur
Semasa sahur elakkan pengambilan air yang terlalu banyak kerana ia
menyebabkan ibu kekenyangan. Sebaiknya aturkan pengambilan minuman sejam
sekali selepas berbuka puasa sehingga mencukupi 2.5 liter air sehari. Waktu malam juga anda digalakkan untuk bangun minum air..letakkan bekas minuman di sebelah tempat tido..jadi bila terjaga tengah malam boley lah minum air!!
-
Elakkan makanan pedas
Makanan pedas memang membuka selera tetapi ia hanya menambah risiko
membuang banyak air sehinggakan badan akan mengeluarkan banyak cecair.
-
Elakkan terlalu banyak memasak
Memasak sendiri juadah berbuka puasa memang lebih menyeronokkan tetapi
jangan terlalu sibuk di dapur sehingga membuatkan ibu cepat penat.
Mungkin sesekali boleh ajak kawan atau saudara mara ‘pot luck’ berbuka
puasa di mana setiap orang membawa satu hidangan. Ini pun penting..masak 2-3 lauk yang simple tapi sedap sudah memadai..
-
Hadkan pengambilan produk tenusu
Makanan hasil tenusu seperti keju atau yogurt akan membuatkan badan
lebih banyak mengeluarkan mukosa (cecair badan yang kental dan lekit). Jadi, hadkan pengambilan priduk tersebut..macam saya..saya minum oat campur esp sebelum tido dan semasa sahur.
-
Kurangkan kegiatan berbelanja di siang hari
Sebaiknya rancang menu mingguan dan buat perbelanjaan seminggu sekali.
-
Jangan lupa makan kurma
Berbuka puasa dengan segelas air dan tiga atau empat biji kurma supaya paras gula ibu kembali normal. Ingat ya..3-4 biji kurma!!..Buat jus kurma pun bagus juga!
-
Sentiasa bertenang
Lakukan tadarus Al-Quran untuk membantu ibu tenang. Susu tidak lancar jika ibu tertekan.
-
Banyakkan berzikir
Sentiasa berzikir sepanjang hari dengan menyebut asma Allah Ar-Razaq
(Maha Pemberi Rezeki) agar ibu sentiasa diberi kekuatan untuk berpuasa.
-
Membaca selawat
Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap doa yang dibaca.
-
Bersolat tepat pada waktunya
Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menanamkan rasa percaya
bahawa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan
berpuasa kepada ibu.
-
Pastikan cukup tidur
Sentiasa pastikan ibu cukup tidur. Sekiranya ingin melakukan ibadah di
malam hari, ibu boleh tidur awal dahulu dan bangun kemudian.
-
Jangan terlalu banyak minum air ketika berbuka
Biarpun ibu terlalu dahaga namun jangan banyak minum air sehingga
hilang selera untuk menjamah makanan. Pastikan mengikut sunah Nabi dalam
bab makan dan minum iaitu sepertiga air, makanan dan udara.
Klik lik di atas untuk mengetahui mengapa saya susukan bayi saya dengan susu ibu...
Selain daripada membekalkan tenaga untuk ibu menyusu, ESP juga boleh membantu meransang pembentukan otot -otot,merupakan agen anti penuaan..dan banyak lagi..