Kebanyakan ibu sedia maklum mengenai kebaikan memberikan susu ibu kepada bayi. Khasiatnya yang banyak itu sememangnya memberikan kesan jangka panjang yang positif kepada bayi tersayang. Antara manfaat popular apabila memberi bayi minum susu ibu secara eksklusif adalah bayi mempunyai sistem imuniti yang lebih tinggi, melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru, bayi mempunyai IQ lebih cerdas, tidak mudah tercemar dengan kuman dan banyak lagi.
Namun demikian mungkin kita tidak perasan ada kebaikan lain yang sebenarnya terhasil daripada pemberian susu ibu secara eksklusif kepada bayi dan ia seharusnya diraikan oleh semua ibu agar terus bersemangat menyusukan bayinya dengan susu ibu.
** Pengalaman memberikan susu ibu kepada anak sendiri adalah penaglaman paling indah anugerah Allah buat saya.Saya menyusukan anak saya selama 2 tahun 7 bulan..dan hasilnya positif antaranya....
Najis bayi kurang berbau
Tahukah ibu, bayi yang minum susu ibu mengeluarkan najis yang kurang berbau berbanding dengan bayi yang minum susu formula. Biasanya reaksi spontan ibu tatkala menyalin lampin anak selepas membuang air besar boleh memberi kesan kepada bayi sendiri. Bayangkan reaksi ibu yang membuat muka terkejut ketika tercium bau najis bayi, tentu sahaja ekspresi ibu boleh mempengaruhi mental bayi. Jadi apabila najis bayi kurang berbau kerana dia minum susu ibu, ibu akan menunjukkan reaksi bahagia ketika menyalin lampinnya, dan ini turut membuatkan bayi tersenyum.
Kulit bayi lebih sihat
Biasanya bayi yang minum susu ibu sepenuhnya kurang menghadapi masalah alergi kulit. Kulit bayi minum susu ibu lebih halus, bersih dan lembut kerana bebas daripada masalah ruam dan sebagainya. Sementara bayi yang minum susu formula lebih berisiko mempunyai masalah kulit seperti ruam, kering dan bermasalah.
Penglihatan lebih bagus
Kajian yang dijalankan telah membandingkan tahap penglihatan bayi yang minum susu ibu dengan bayi minum susu formula. Hasilnya, penglihatan bayi minum susu ibu didapati lebih baik kerana kandungan DHA yang ada dalam susu ibu. DHA adalah salah satu komponen struktur utama dalam retina bayi.
SUPLEMEN PERBANYAK SUSU IBU
SET ASAS HANYA RM 238 FREE MEMBERSHIP
WHATSAPP NUR HIDAYAH AHMAD
0165554582
No comments:
Post a Comment