Wednesday, April 16, 2014

APA ITU DIET ATKINS DAN KAITANNYA DENGAN DIET SECARA SIHAT

Pengamal diet Atkins menolak mengambil karbohidrat untuk kurus

Diet Atkins yang dikenali sebagai diet rendah karbohidrat kini semakin popular diamalkan oleh wanita yang mahu kurus lebih cepat. Benarkah diet ini mempunyai pro dan kontra tanpa pengamal sedari?

 Teori diet Atkins mengatakan bahawa anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat sama sekali. Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan di mana  tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.
Selamatkah atau sebaliknya?

Ramai pengikut yang mengamalkan diet ini dikatakan berjaya menurunkan berat badan. Menurut ahli gizi terkenal dari Amerika, Wendy Martinson, diet ini memang berhasil untuk jangka pendek (3-6 bulan) berbanding diet yang lain. Disebalik kejayaan orang ramai mengamalkan diet Atkins ini, Wendy sendiri turut meragui teori Atkins. Wendy berpendapat makanan berprotein tetap merangsang insulin misalnya keju. Pengambilan keju kadangkala mendorong naiknya kadar insulin yang lebih banyak dari nasi, pasta, mi mahupun bubur. Perlu diketahui, makanan berprotein mempunyai kadar lemak yang tinggi. Makanan berprotein juga dapat menurunkan kadar kalsium yang dapat menyebabkan berlakunya osteoporosis. Begitu juga dengan penghidap penyakit hati dan ginjal. Diet ini boleh menyebabkan masalah sembelit atau naik kadar kolesterol.

Sebagai wanita yang mahukan tubuh badan langsing, diet Atkins memang membantu tetapi adalah lebih baik jika anda pelbagaikan sumber protein dan perbanyakkan makan ikan serta buah-buahan. Bagi kami, anda boleh mengamalkan diet ini sebagai langkah awal menurunkan berat badan untuk dua minggu tetapi bukan untuk selama-lamanya. Amat rugi jika anda mengehadkan makanan yang sememangnya lazat untuk dinikmati bersama keluarga!

JOM BERDIET LEBIH SIHAT DAN CERGAS DENGAN VITAMIN SHAKLEE



JOM DAPATKAN SET DIET SHAKLEE BERSAMA SAYA
NUR HIDAYAH AHMAD
0165554582
FEEL FREE TO CONTACT ME

No comments:

Post a Comment