Hari ini kebanyakan para suami menemankan isteri mereka ketika sedang bertarung dalam proses melahirkan zuriat. Kebenaran yang diberikan oleh majoriti hospital turut mendorong para suami untuk bersama-sama menyaksikan detik bersejarah tersebut.
Memang ada banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya suami menemankan isteri bersalin. Bagi yang belum berpeluang, jangan lepaskan peluang ini sekiranya isteri anda sedang hamil sekarang.
- Mengurangkan debaran
Siapa yang tidak berdebar melalui saat kelahiran yang menyakitkan. Suami juga turut berdebar melihat si isteri menahan kesakitan. Justeru apabila bersama, sekurang-kurannya rasa debaran itu dapat dikongsi.
- Meredakan kesakitan
Walaupun ia sekadar sentuhan atau usapan perlahan daripada suami, ia dapat mengurangkan rasa sakit isteri ketika sedang mengalami kontraksi. Bahkan kata-kata semangat yang diucapkan juga mampu meredakan.
- Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan keinsafan di hati suami apabila menyaksikan perjuangan isteri untuk melahirkan zuriat bersama.
- Lebih menghargai
Bukan selama ini suami tidak menyayangi dan menghargai isteri tetapi peluang menyaksikan kesusahan isteri menanggung kesakitan dan kesusahan melahirkan anak akan lebih membuatkan suami menghargai dan menyayangi isteri, anak-anak dan pastinya ibu yang telah melahirkan dia.
Sekiranya suami jenis yang cepat pitam apabila melihat darah, sebaiknya beri bantuan kepada isteri pada peringkat awal proses kelahiran bayi. Ketika ini isteri sedang mengalami kontraksi yang kerap. Suami mungkin boleh mengurankan bebanan itu dengan
*Memegang tangan isteri semasa sakit kontraksi datang.
*Mengelapkan peluh yang membasahi .
*Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
*Memberi isteri minuman.
**SUAMI JUGA BOLEH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MEMBANCUH MINUMAN ATAU MEMBELIKAN SUPLEMEN KEPADA ISTERI SUPAYA DILIHAT BERSAMA - SAMA MEMBANTU PROSES MENGANDUNG DAN PEMBESARAN ANK DI DALAM KANDUNGAN ITU.
**KREDIT UNTUK SUAMI SENDIRI KERANA SENTIASA PRIHATIN TERHADAP SAYA N ANAK2..:-)
No comments:
Post a Comment