Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun. Sebaliknya, anda mampu melakukan sesuatu untuk mengawet usia.
1. Makan Buah Dan Sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala, buah pula lebih enak dimakan segar.
2. Amal Ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Malah, ia turut mempunyai bahan anti-bakteria dan antioksidan.
3. Ambil Vitamin C
Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.
4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Jadi, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat dapat membantu anda Mamemperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.
5. Makan Antioksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya, tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.
6. Banyakkan Serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda. Untuk itu, anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
7. Minum Air Kosong
Minum enam hingga lapan gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ-organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga, anda berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.
8. Diet Seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Maka dengan itu, ambillah diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat kira-kira 50 hingga 60 peratus, protein 10 hingga 20 peratus dan lemak 20 hingga 30 peratus Jadi, jumlah kalori keseluruhan yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,500 kalori.
9. Makan Sedikit Tetapi Kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.
10. Rajin Makan Ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara tidak langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah sempit. Untuk itu, anda digalakkan untuk mengambil ikan laut 3 kali seminggu.
11. Minum Susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak susu pula berperanan menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.
12. Kurangkan Daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi, ambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.
13. Bersenam Secara Teratur
Kadang kala agak sukar untuk anda meluangkan waktu untuk bersenam setelah seharian bekerja. Namun, anda tetap disyorkan untuk berusaha melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam, bukan sahaja otot dan tulang menjadi kuat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang.
14. Cukup Tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka, usahakan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan itu, ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam.
15. Gunakan Pelembap
Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan mengolesnya dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.
16. Gunakan Pelindung Matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Jadi, lindungi wajah dengan menggunakan losen pelindung matahari secara teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.
17. Pilih Kosmetik
Akibat salah memilih produk kecantikan, ia boleh memberi kesan buruk pada wajah anda. Jadi, kenali dahulu jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai. Jangan terpengaruh dengan iklan tertentu. Hanya gunakan produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda.
18. Berfikiran Positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Hal ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Maka dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dalam mengatasi apa jua masalah yang dihadapi.
19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, jangan hanya duduk memerap di rumah. Sebaliknya, luaskan jaringan sosial anda dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda juga.
20. Selalu Bahagia
Berasa bahagia akan membuatkan anda kelihatan muda. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, usahakan untuk menghindari diri daripada tekanan agar wajah lebih berseri-seri dan lebih muda daripada usia sebenar.
ANDA JUGA BOLEH MEMILIH UNTUK KEKAL CANTIK DENGAN MENGAMALKAN SET
CANTIK SHAKLEE YANG MENGANDUNGI...
HARGA SET KULIT CANTIK
RM 300 TANPA ESP FREE MEMBERSHIP SEUMUR HIDUP
RM 421 DENGAN ESP FREE MEMBERSHIP SEUMUR HIDUP
PRODUK TAHAN 4 BULAN..MEMANG BERBALOI2 SANGAT2
WHATSAPP /MSG/CALL
NUR HIDAYAH AHMAD
0165554582
No comments:
Post a Comment