Thursday, April 10, 2014

Solat Jamak Di Kampung

Soalan:

Bolehkah saya solat jamak apabila pulang ke kampung saya sendiri? Bolehkah diterangkan tentang solat jamak dan qasar serta syarat-syarat perlaksanaannya agar saya dapat mengamalkannya?

Jawapan:

Mengikut hukum Islam, sama ada di kampung, di rumah sendiri, di pejabat atau di tempat lain, seseorang itu dibolehkan menjamak solatnya jika dia menghadapi kesukaran untuk melaksanakan solat fardu di dalam waktunya.

Kemudahan Islam untuk kita menjamakkan solat tidak disyaratkan oleh suasana musafir, mukim atau mastautin. Jika dirujuk kepada hadis-hadis yang sahih, Rasulullah SAW pernah menjamak solat ketika di Madinah, tanpa baginda bermusafir (Shahih Muslim, no: 705).

Bezakan bahawa ini hanya merujuk kepada menjamakkan solat iaitu solat tetap dilaksanakan dalam jumlah rakaat yang penuh, hanya ia dihimpunkan bersama dalam waktu solat yang lain.

Umpama solat Zohor dan Asar dihimpunkan bersama (4+4=8 rakaat) dalam waktu Zohor (jamak taqdim) atau waktu Asar (jamak takhir). Atau solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan bersama (3+4=7 rakaat) dalam waktu Maghrib (jamak taqdim) atau waktu Isyak (jamak takhir).

Sesungguhnya solat Jamak dan Qasar adalah sedekah Allah SWT kepada hambaNYA.


*********sharing is caring

No comments:

Post a Comment