Saturday, April 5, 2014

KENAPA "Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je"

Assalamulaikum...pembaca blog saya di luar sana..rasa macam dah lama sangat x update blog ni..entri kali ini saya ingin kongsikan kenapa kita perlukan suplemen dalam tubuh badan kita??
Setelah pengambilan vitamin shaklee selepas 2 tahun memang sangat terkesan dalam kehiduapan saya..sebab selama ini..dalam sminggu saya mesti ada masalah pening dan sakit kepala..xtahulah kenapa..mungkin daripada pengambilan makanan setiap hari yang terlebih ajinomoto atau apa2 msg yang lain//##maklumlah..nak masak makanan erkhasiat setiap hari memang x sempat### Dengan pengambilan vitamin shaklee yang kadang2 konsisten dan kadang2 x konsisten..##at least ada pengambilan vitamin..saya dapati tubuh badan saya lebih sihat dan cergas..sampaikan ada rakan sekerja yang kata..awak ni PREGNANT TAPI X NAMPAK MACAM PREGNANT..CERGAS JE SEPANJANG HARI..hihi..alhamdulillah..pregnant kali ini memang x ada alahan.Allah permudahkan urusan saya..Alhamdulillah!!!!
 Kisah hari ini saya nak kongsikan pertanyaan rakan sekerja saya dan saya menjawab....
"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je".Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc..
Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!
Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E...
Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu.Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral2 lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya... Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...

No comments:

Post a Comment