Saturday, November 26, 2016

Pengasas Shaklee

🍃🍀🍃PENGASAS SHAKLEE, DR. FORREST C. SHAKLEE🍀🌿🍃

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca facebook...

Sebelum ini saya asyik bercerita tentang produk Shaklee, kenapa suka Shaklee dan sebagainya. Kali ini saya nak kongsikan tentang  siapa pengasas jenama Shaklee ini. Dr. Forrest C. Shaklee..
                                              
Lihatlah antara petikan kata-katanya. Semuanya boleh diambil sebagai panduan untuk kehidupan yang lebih positif.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals", iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Sekarang dikenali sebagai VitaleA..

Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia- Basic H.
                                                                       
Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee.  Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Bagi beliau, "Lebih banyak anda berkongsi dengan orang lain, lebih tinggi nilai saham anda. Lakukan kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka lakukan kepada diri anda"

Pemikiran beliau sangat patut dicontohi dalam mengharungi dunia bisnes ini. Ikhlaskan hati dengan niat membantu orang sambil menjual. Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata.
#task14
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy
#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment