Saturday, November 26, 2016

Roger Barnett

ROGER BARNETT

Siapakah nama disebalik nama diatas ini?? haaa...siapa yg masuk ke alam Shaklee nie kena tahu.Ok jom baca..

Ini lah dia Mr. Roger Barnett, Chairman dan CEO Shaklee. Jom kita berkenal-kenalan serba sedikit mengenai beliau. Tak kenal maka tak tahukan?

Pada tahun 1999, beliau merupakan multi-billionaire yang sedang mencari-cari pasaran terbaik untuk pelaburan. Ini kes orang terlebih duit lah kan.. tak tau dah nak belanja duit tu ke mana. Masa tu dalam fikiran beliau, beliau mau bisnes yang betul-betul memberi impak kepada dunia.
Selama 5 tahun beliau membelanjakan $20 million mencari lebih 1000 syarikat dalam lebih 100 jenis industri yang berlainan… dan hampir putus asa, akhirnya beliau mengenali Shaklee.
Bagaimana beliau mengenali Shaklee? Suatu hari, anak beliau bernama Spencer yang pada ketika itu berumur 3 tahun mengalami masalah pernafasan yang teruk dan dikejarkan ke pusat kecemasan. Doktor mengesahkan Spencer menghidap penyakit asma. Maka isteri Barnett iaitu Sloan pun mula membuat kajian dan mendapati ia berpunca daripada penggunaan bahan-bahan pencuci yang bertoksik diguna untuk membersihkan rumah. What a smart mommy!! Dari situ lah mereka mendapat tahu Shaklee mengeluarkan produk pencuci yang selamat untuk rumah.

Pada pandangan Barnett, bisnes Shaklee bukan sahaja membantu pelanggan hidup lebih sihat, mencegah
penyakit-penyakit kronik malah membantu pengedar menjana pendapatan yang tinggi. Selain itu, produk-produk Shaklee dihasilkan secara semulajadi dan sangat mesra alam. Ciri-ciri ini lah yang dicari sekian lama oleh beliau.
Kemudian, pada tahun 2004 beliau pun mengambil alih syarikat Shaklee dan berjanji akan melabur like-crazy ke atas syarikat ini untuk memajukan tahap kepimpinan syarikat dan menjadikan Shaklee syarikat no. 1 di seluruh dunia.

#task14
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy
#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment